Saturday, 11 May 2013

Thursday, 2 May 2013

MARI BERPANTUN



MARI KAWAN-KAWAN BACA PANTUN INI.

BAHASA MEMBINA JATI DIRI BANGSA

Cincin suasa indah bercahaya,
Emas segara  pengukir mengadun,
Jati diri bangsa membentuk budaya,
Mercu negara bangsa bertamadun.

Perahu tambang memuat angsa,
Angsa dimuat bersama madu,
Bahasa lambang ketulenan bangsa,
Membina semangat rakyat berpadu.

Nenas di sayat ke seberang nyonya,
Buah dukung jajaan ke tanjung,
Setiap rakyat perlu mematuhinya ,
Bahasa di dukung Perlembagaan dijunjung.

Jahit baju kebaya sedondon,
Salin hikayat pahlawan perkasa,
Negara maju negara bertamadun,
Pemimpin dan rakyat memartabatkan bahasa.

Buah bidara dari Sandakan,
Bawa ke Sulawesi tunai hasratnya,
Bahasa negara bahasa pendidikan,
Semua institusi menggunakannya.

Belayar ke segara matlamat destinasi,
Sepenuh hayat mengemudikannya,
Bahasa negara bahasa komunikasi,
Pemimpin rakyat mengamalkannya.

Bendera berkibaran di pinggir lautan,
Pahlawan perkasa menyekat mangsa,
Bahasa gambaran ketulenan watan,
Terpinggir bahasa tergugatlah bangsa.





Perkataan Seerti.
PERKATAAN SEERTI – SINONIM
Perkataan
Makna
Hampa   -   kosong
Tidak berisi
Hampir   -   nyaris
Sedikit lagi akan
Hancur  -  melarut
Menjadi cair
Handal  -   setia
Dapat dipercayai
Hangat  -  panas
Tinggi suhunya
Hanya  -  Cuma
Tidak lebih dari
Harum  -  wangi
Sedap baunya
Harus  -  mungkin
Boleh jadi
Hasil  -  perolehan
Sesuatu yang diperoleh dari sesuatu usaha
Hasrat  -  kehendak
Keinginan yang kuat
Haus  -  dahaga
Berasa kering
Hawa  -  iklim
Keadaan udara di sekeliling
Hawar  -  wabak
Kejadian serangan penyakit
Helah  -  muslihat
Perbuatan atau kata dusta untuk menipu
Hemat  -  jimat
Tidak boros dalam menggunakan sesuatu
Hening  -  jernih
Tidak keruh
Hikmat  -  sakti
Kuasa luar biasa
Hingga  -  batas
Garis yang penghabisan atau terakhir.
Teragak-agak  -  ragu-ragu
Terfikir-fikir sebelum melakukan sesuatu
Terakhir  -   terkemudian
Di hujung atau di belakang
Terbabas  -  terlencong
Menyimpang dari arah yang dituju
Terbawa  -  terdaya
Dapat dibawa
Tercurah  -   tertumpah
Berkeadaan tertumpu
Terdapat  -  ada
didapati
Terdaya  -  berupaya
Berkemampuan untuk membuat sesuatu
Terdesak  -   terasak
Berkeadaan terhimpit
Terdidik  -   terlatih
Mendapat asuhan, didikan, pengajaran
Terdiri  -  terbina
Didirikan atau dibina, dibuat
Terempang  -  tertahan
Dapat diempang
Terfikir  -  teringat
Terkandung dalam ingatan
Tergamak  -  sampai hati
Sanggup melakukan sesuatu
Tergelecek -  tergelincir
Terdorong kerana licin
Tergendala  -  terhalang
Tidak dapat diteruskan
Tergesa-gesa   -  tergopoh-gopoh
Dalam keadaan tergesa-gesa
Tergolek  -   terguling
Berkeadaan jatuh berguling
Terhegeh-hegeh  -  terkedek-kedek
Tidak kemas melakukan sesuatu
Terhendap-hendap  -  tersorok-sorok
Terbongkok-bongkok kerana hendak  mengintai




MARI BERFIKIR SEJENAK.


Kepada golongan pendidik:
Kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa matalah diperlukan.  Hal ini disebabkan banyak orang beranggapan pembelajaran bahasa amat membosankan.  Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah yang tidak hanya bertumpu kepada buku teks semata-mata.  Kreativiti guru mampu meningkatkan minat  murid untuk mengikuti pembelajaran bahasa tanpa rasa jemu.