Saturday, 11 May 2013

Thursday, 2 May 2013

MARI BERPANTUN



MARI KAWAN-KAWAN BACA PANTUN INI.

BAHASA MEMBINA JATI DIRI BANGSA

Cincin suasa indah bercahaya,
Emas segara  pengukir mengadun,
Jati diri bangsa membentuk budaya,
Mercu negara bangsa bertamadun.

Perahu tambang memuat angsa,
Angsa dimuat bersama madu,
Bahasa lambang ketulenan bangsa,
Membina semangat rakyat berpadu.

Nenas di sayat ke seberang nyonya,
Buah dukung jajaan ke tanjung,
Setiap rakyat perlu mematuhinya ,
Bahasa di dukung Perlembagaan dijunjung.

Jahit baju kebaya sedondon,
Salin hikayat pahlawan perkasa,
Negara maju negara bertamadun,
Pemimpin dan rakyat memartabatkan bahasa.

Buah bidara dari Sandakan,
Bawa ke Sulawesi tunai hasratnya,
Bahasa negara bahasa pendidikan,
Semua institusi menggunakannya.

Belayar ke segara matlamat destinasi,
Sepenuh hayat mengemudikannya,
Bahasa negara bahasa komunikasi,
Pemimpin rakyat mengamalkannya.

Bendera berkibaran di pinggir lautan,
Pahlawan perkasa menyekat mangsa,
Bahasa gambaran ketulenan watan,
Terpinggir bahasa tergugatlah bangsa.





Perkataan Seerti.
PERKATAAN SEERTI – SINONIM
Perkataan
Makna
Hampa   -   kosong
Tidak berisi
Hampir   -   nyaris
Sedikit lagi akan
Hancur  -  melarut
Menjadi cair
Handal  -   setia
Dapat dipercayai
Hangat  -  panas
Tinggi suhunya
Hanya  -  Cuma
Tidak lebih dari
Harum  -  wangi
Sedap baunya
Harus  -  mungkin
Boleh jadi
Hasil  -  perolehan
Sesuatu yang diperoleh dari sesuatu usaha
Hasrat  -  kehendak
Keinginan yang kuat
Haus  -  dahaga
Berasa kering
Hawa  -  iklim
Keadaan udara di sekeliling
Hawar  -  wabak
Kejadian serangan penyakit
Helah  -  muslihat
Perbuatan atau kata dusta untuk menipu
Hemat  -  jimat
Tidak boros dalam menggunakan sesuatu
Hening  -  jernih
Tidak keruh
Hikmat  -  sakti
Kuasa luar biasa
Hingga  -  batas
Garis yang penghabisan atau terakhir.
Teragak-agak  -  ragu-ragu
Terfikir-fikir sebelum melakukan sesuatu
Terakhir  -   terkemudian
Di hujung atau di belakang
Terbabas  -  terlencong
Menyimpang dari arah yang dituju
Terbawa  -  terdaya
Dapat dibawa
Tercurah  -   tertumpah
Berkeadaan tertumpu
Terdapat  -  ada
didapati
Terdaya  -  berupaya
Berkemampuan untuk membuat sesuatu
Terdesak  -   terasak
Berkeadaan terhimpit
Terdidik  -   terlatih
Mendapat asuhan, didikan, pengajaran
Terdiri  -  terbina
Didirikan atau dibina, dibuat
Terempang  -  tertahan
Dapat diempang
Terfikir  -  teringat
Terkandung dalam ingatan
Tergamak  -  sampai hati
Sanggup melakukan sesuatu
Tergelecek -  tergelincir
Terdorong kerana licin
Tergendala  -  terhalang
Tidak dapat diteruskan
Tergesa-gesa   -  tergopoh-gopoh
Dalam keadaan tergesa-gesa
Tergolek  -   terguling
Berkeadaan jatuh berguling
Terhegeh-hegeh  -  terkedek-kedek
Tidak kemas melakukan sesuatu
Terhendap-hendap  -  tersorok-sorok
Terbongkok-bongkok kerana hendak  mengintai




MARI BERFIKIR SEJENAK.


Kepada golongan pendidik:
Kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa matalah diperlukan.  Hal ini disebabkan banyak orang beranggapan pembelajaran bahasa amat membosankan.  Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah yang tidak hanya bertumpu kepada buku teks semata-mata.  Kreativiti guru mampu meningkatkan minat  murid untuk mengikuti pembelajaran bahasa tanpa rasa jemu.



Thursday, 18 April 2013

Amalkan sebelum memulakan langkah di awal pagi.


DOA REZEKI"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Keluarga Huda


Susun dan tulis ayat di bawah mengikut  urutan.
         -   Ibu saya juga gemar memasak kuih koci.
          -  Nama ibu saya Aishah
         -   Ibu saya suka tanam bunga
         -   Saya sayang akan ibu saya.
         -   Umur ibu saya 34 tahun
         -   Ibu saya seorang guru.

         1.   ________________________________________

        2.   _________________________________________

        3.   _________________________________________

       4.  __________________________________________

       5.   __________________________________________

     6.   __________________________________



Anggota keluarga Huda

Lengkapkan ayat di bawah.

1.   Nama ____________________ ialah Huda.
2.    __________________________ ialah ayah saya.
3.    Ibu saya bernama __________________________;
4.    Nama abang saya ialah _________________________________
5.    _______________________ ialah kakak saya.
6.    Adik lelaki saya bernama ____________________________
7.     Saya sangat _______________________ akan keluarga saya.


Simpulan bahasa



SIMPULAN BAHASA.

Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.    Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.  Senarai simpulan bahasa berserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut:

Simpulan Bahasa
Maksudnya
ada angin
berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hati
mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
air muka
rupa atau wajah seseorang
ajak-ajak ayam
tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakat
mempunyai tokoh atau perwatakan
alas perut
makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
anak angkat
anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak bapa
anak yang disayangi oleh bapa
anak buah
orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak emas
anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
angkat kaki
meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas angin
negara-negara di sebelah barat
atas pagar
tidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatan
orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
bahasa pasar
bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
banyak mulut
orang yang banyak bercakap
batu api
orang yang suka menghasut
batu loncatan
sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacang
tali persaudaraan yang jauh
bawah angin
negara-negara di sebelah timur
bekas tangan
hasil kerja tangan seseorang
beralih akal
berubah fikiran atau pendapat
beralih angin
pergi ke sesuatu tempat untuk berehat
berat hati
enggan; malas
berat mulut
pendiam atau tidak suka bercakap banyak
berat tulang
orang yang malas bekerja
berat sebelah
tidak berlaku adil
berbelah bagi
sukar untuk membuat keputusan
berhati batu
degil dan sukar menerima nasihat
berhutang budi
patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga